Senin, 21 Maret 2011

Atlantis menurut orang Malaysia



“Tempoh yang penuh dengan peristiwa (zaman ais) ini adalah merupakan zaman pembangunan hebat manusia, perubahan iklim yang drastik, aras laut, hidupan binatang dan tumbuh-tumbuhan …”12.


Zaman ais memberi ruang yang besar kepada perkembangan tamadun manusia yang amat besar di Asia Tenggara. Pada zaman ais, oleh kerana suhu bumi adalah amat sejuk, kebanyakan air adalah membeku dan membentuk glasier. Oleh itu kebanyakan kawasan bumi tidak sesuai untuk di diami kecuali di kawasan khatulistiwa yang lebih panas, dan Asia Tenggara terletak di kawasan Khatulistiwa.

Kumpulan besar air beku yang membentuk lapisan tebal ais ada di semua benua apa lagi di kawasan kutub. Akibatnya aras laut turun sehingga 200 kaki dari aras sekarang. Bagaimana rupa peta dunia 11,900 tahun yang lepas, semasa zaman ais? Peta berkenaan boleh kita lihat di atas tadi. Sila klik gambar berkenaan untuk melihat imej yang lebih besar.

Tanah pamah tropika, subur dan paling sesuai untuk didiami terbentang dari kawasan Indochina sehingga ke Australia. Terletak di antara Semenanjung Malaysia dan Borneo, adalah kawasan yang paling pamah dan sekarang ini dikenali sebagai laut China Selatan yang terbina di atas pentas Sunda.

Bagaimana pada zaman sejuk beku itu orang-orang Eropah dengan segala kepandaian mendakwa mereka telah membina tamadun besar lebih awal dari orang lain? Lapisan salji di kawasan Eropah pada masa itu boleh menjangkau sehingga 1 km tebalnya dari permukaan bumi. Pada masa itu keadaan di Eropah dan Mesir adalah sama seperti apa yang ada di kawasan Artik dan Antartika sekarang ini jadi; Apa gaya kan macak tihang mbuat bangunan?

Jadi Borneo dan kawasan sekitarnya di Asia Tenggara adalah kawasan bumi yang bertuah. Semasa bumi bersuhu paling sejuk sekalipun, Borneo tetap boleh didiami dan menjadi kawasan bercucuk tanam kerana ia terletak di sekitar garisan khatulistiwa. Lebih menarik lagi, dengan aras laut yang lebih rendah, pada masa itu Borneo adalah satu daratan benua bersambung dengan Asia dan terbentang membentuk kawasan pamah yang amat luas. Apabila bumi menjadi semakin panas pula, daratan Sunda ini ditenggelami air, tetapi sehingga ke hari ini Borneo tetap boleh didiami dan tetap subur.

Mengikut Oppenheimer13, Atlantis Asia Tenggara yang juga boleh dipanggil sebagai Sundaland kerana ianya sekarang berada di atas pentas Sunda adalah merupakan pemimpin dunia di dalam revolusi Neolithic (permulaan pertanian), menggunakan batu untuk mengisar bijirin liar seawal 24,000 (tahun) yang lalu, lebih tua sepuluh ribu tahun dari(tamadun) Mesir atau Palestin. Sebelum dan terutamanya semasa banjir (akibat peningkatan aras laut) beransur-ansur melanda tanah pamah rendah mereka,orang-orang Sundaland bertebaran keluar ke daratan kejiranan: tanah besar Asia termasuk China, India dan Mesopotamia (Mesir), dan ke kepulauan dunia dari Madagascar sehingga ke Filipina dan New Guinea, dari situ mereka kemudian menduduki Polynesia sehingga ke Pulau Easter, Hawaii dan New Zealand.

Selepas itu apabila suhu bumi semakin panas, salji semakin cair dan aras laut mula bertambah. Masalah lain juga kritikal, kawasan ini terletak di dalam Lingkaran Api Pasifik (Pacific Ring of Fire)14.

Akibatnya tamadun di Asia Tenggara mula tenggelam dan atau musnah oleh gunung berapi. Negeri orang Kadayan hilang …

Selepas itu apa yang ada bagi ibu tamadun hanyalah hikayat mengenai banjir, air, tenggelam, perahu, naga, garuda. Cerita-cerita yang sama dilaungkan di seluruh dunia, sebagai mengenang kemusnahan tamadun kita akibat zaman ais yang misteri.


sumber:

http://atlantis-lemuria-indonesia.blogspot.com/2009/12/atlantis-menurut-orang-malaysia.html